Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian II

16. Laporan tahunan

Feedback & support
(1)

Francaisor hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari penghujung setiap tahun kewangan perniagaan francais, mengemukakan laporan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan.

(2)

Laporan itu hendaklah mengandungi dokumen penzahiran yang telah dikemaskinikan.

(3)

Pendaftar boleh mengkaji laporan dan dokumen penzahiran itu dan—

(a)

memberitahu francaisor jika apa-apa maklumat tambahan atau ubah suaian dokumen penzahiran itu perlu dimasukkan atau dipotong; atau

(b)

mengeluarkan suatu perintah untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan kelulusan pendaftaran francais demi kepentingan awam atau bagi maksud melindungi bakal francaisi sehingga apa-apa kekurangan yang dinyatakan oleh Pendaftar telah dibetulkan.

(4)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan

Bahagian V

Lembaga Penasihat Francais

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai