Skip to content

Seksyen 24

of Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992

ActIn forceProvision 26 of 34

Seksyen 24

(1)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa yang telah disita di bawah Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar

Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 19

dari tarikh penyitaannya melainkan jika suatu tuntutan telah dibuat baginya sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

(1A)

Semua benda yang disifatkan telah terlucut hak di bawah subseksyen (1), boleh dijual oleh Dato Bandar melalui lelongan awam dan hasil daripada penjualan itu hendaklah digunakan bagi pembayaran apa-apa fi yang terhutang oleh pemegang lesen mana-mana tempat hiburan yang dari tempat hiburan itu, benda-benda telah disita dan kos bagi lelongan itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayarkan ke dalam Kumpulan

Wang Disatukan.

(2)

Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia adalah pemunya apa-apa jua yang disita di bawah Akta dan bahawa apa-apa jua yang disita itu tidak boleh dilucuthakkan bolehlah, sama ada sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis kepada Dato Bandar bahawa dia menuntut apa-apa yang disita itu.

(3)

Apabila Dato Bandar menerima notis di bawah subseksyen (2), dia boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau supaya perkara itu dirujukkan kepada seorang Majistret.

(4)

Majistret hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya benda yang disita dan orang yang daripadanya benda itu disita hadir dihadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan bahawa saman telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti sesuatu kesalahan telah dilakukan terhadap

Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya benda itu dilucuthakkan atau, jika tiada bukti sedemikian, hendaklah mengarahkan supaya ia dilepaskan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 493

Halangan