Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian IV · Pelesenan Pemandu Pelancong

23. Permohonan untuk lesen dan kelayakan pemohon

Feedback & support
(1)

Apa-apa permohonan untuk lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pesuruhjaya dalam apa-apa bentuk yang ditentukan dan permohonan itu hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Tiada seorang pun boleh memohon untuk dilesenkan di bawah

Bahagian ini melainkan jika—

(a)

dia telah menjalani kursus atau latihan dan lulus ujian kecekapan yang diadakan oleh Pesuruhjaya atau mana-mana badan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya

Industri Pelancongan 25

untuk mengadakan suatu kursus latihan dan ujian kecekapan untuk pemandu pelancong;

(b)

dia telah menyempurnakan apa-apa kursus lain yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya sebagai setaraf dengan suatu kursus yang disebut dalam perenggan (a); atau

(c)

adalah ternyata kepada Pesuruhjaya, dengan mengambil kira sewajarnya akan watak, kelayakan dan pengalaman orang sedemikian, bahawa dia berwibawa untuk menjadi seorang pemandu pelancong.

Report