Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian IV · Pelesenan Pemandu Pelancong

24. Pemberian lesen

Feedback & support
(1)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen 23(1),

Pesuruhjaya hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh, jika dia berpuas hati akan kesesuaian pemohon dan apabila fi ditetapkan dibayar, memberi lesen dengan atau tanpa syarat.

(2)

Pesuruhjaya hendaklah mencatatkan nama tiap-tiap orang yang telah diberi lesen di bawah subseksyen (1) dalam daftar dan mengeluarkan kepada orang itu suatu kad pemberian kuasa dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Pesuruhjaya boleh enggan memberi lesen kepada mana-mana orang tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(4)

Jika Pesuruhjaya enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.

Report