Akta Industri Pelancongan 1992 · Updated to 1 Dec 2020 · Bahagian IV · Pelesenan Pemandu Pelancong
30. Hak untuk merayu
Feedback & supportMana-mana pemandu pelancong berlesen yang terkilan—
Industri Pelancongan 29
dengan keengganan Pesuruhjaya untuk memperbaharui lesennya; atau
dengan penggantungan atau pembatalan lesennya di bawah seksyen 28, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh notis keengganan memperbaharui, penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.
Keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.
Jika Menteri mengesahkan keputusan Pesuruhjaya, pemandu pelancong berlesen itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pengesahan itu, mengembalikan lesen dan kad pemberian kuasa itu kepada Pesuruhjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen dan kad pemberian kuasa itu dan mengemukakannya kepada Pesuruhjaya.