Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian IV · Pelesenan Pemandu Pelancong

27. Kewajipan yang dikenakan ke atas pemandu pelancong berlesen

Feedback & support
(1)

Seorang pemandu pelancong berlesen hendaklah menghadiri kursus latihan lanjutan dan lulus ujian kecekapan lanjutan untuk pemandu pelancong sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

(2)

Suatu bentuk pakaian yang standard sebagaimana yang ditetapkan hendaklah dipakai oleh tiap-tiap pemandu pelancong berlesen apabila sedang bertugas atau menjalankan pelancongan.

(3)

Seorang pemandu pelancong berlesen hendaklah mematuhi suatu kod etika yang standard sebagaimana yang ditetapkan.

Report