Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian IV · Pelesenan Pemandu Pelancong

26. Kad pemberian kuasa

Feedback & support
(1)

Suatu kad pemberian kuasa yang dikeluarkan kepada seorang pemandu pelancong berlesen di bawah subseksyen 24(2)—

(a)

hendaklah dipakai dengan terang bilamana pemandu pelancong berlesen itu sedang bertugas, menjalankan pelancongan atau apabila dia menghadiri apa-apa kursus sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 27;

(b)

tidak boleh dipakai oleh mana-mana orang selain orang yang kepadanya kad pemberian kuasa itu dikeluarkan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report