Akta Industri Pelancongan 1992 · Updated to 1 Dec 2020 · Bahagian IV · Pelesenan Pemandu Pelancong
31C. Kuasa Pesuruhjaya untuk menentukan pendaftaran
Feedback & supportPesuruhjaya hendaklah, dalam menentukan kesesuaian mana-mana premis penginapan untuk pendaftaran, mengambil kira—
Industri Pelancongan 31
jenis premis penginapan itu;
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan atau ditawarkan kepada pelancong;
bilangan dan pengalaman kakitangan yang diambil bekerja atau akan diambil bekerja di premis penginapan itu; dan
apa-apa faktor lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya boleh menghendaki premis penginapan seseorang pemohon itu diperiksa.
Jika Pesuruhjaya berpuas hati tentang kesesuaian premis penginapan itu, Pesuruhjaya hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan premis penginapan itu sebagai premis penginapan pelancong.