Seksyen 21
Sekatan yang dikenakan ke atas pemegang lesen kelas
of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
(a)
terlarang daripada memajakkan, melesenkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sistem bekalan air persendiriannya atau sebahagian daripada sistem itu bagi maksud membekalkan air kepada orang awam; atau
(b)
tidak terlibat dalam apa-apa perdagangan atau perniagaan membekalkan air kepada orang awam, melainkan jika ia dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah
Akta ini.
(2)
Pemegang lesen kelas yang memiliki sistem pembetungan persendirian atau mana-mana bahagian sistem itu atau menyediakan perkhidmatan pembetungan semata-mata bagi maksud untuk mengumpul, membawa, merawat dan melupuskan kumbahan melalui sistem pembetungan persendirian hendaklah—
(a)
terlarang daripada memajakkan, melesenkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sistem pembetungan persendiriannya atau sebahagian daripada sistem itu bagi maksud menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada orang awam; atau
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 655
(b)
tidak terlibat dalam apa-apa perdagangan atau perniagaan menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada orang awam, melainkan jika ia dilesenkan untuk berbuat demikian di bawah
Akta ini.
(3)
Pemegang lesen kelas yang melanggar subseksyen (1) atau
(2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.