Seksyen 28
Daftar lesen kelas
of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
ActIn forceProvision 28 of 194
Seksyen 28
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar, mengikut seksyen 176, yang hendaklah dijadikan tersedia untuk awam, mengenai—
(a)
semua lesen kelas yang diluluskan oleh Menteri dan didaftarkan;
(b)
semua pemegang lesen kelas yang didaftarkan oleh
Suruhanjaya;
(c)
apa-apa perintah pengecualian bagi kehendak pelesenan yang diberikan oleh Menteri; dan
(d)
semua keputusan Suruhanjaya untuk membatalkan pendaftaran pemegang lesen kelas.