Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bab 2
24. Kelulusan bagi lesen kelas
Feedback & support(1)
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, meluluskan suatu lesen kelas berkenaan dengan apa-apa perkara yang menghendaki suatu lesen kelas di bawah Akta ini.
(2)
Menteri hendaklah memberikan suatu salinan semua lesen kelas yang diluluskan di bawah subseksyen (1) kepada Suruhanjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan lesen kelas itu.