Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bab 2
25. Permohonan untuk lesen kelas dan pendaftaran
Feedback & support(1)
Seseorang yang berniat untuk mengendali di bawah suatu lesen kelas hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya dengan mengemukakan suatu notis pendaftaran dan fi yang ditetapkan kepada Suruhanjaya.
(2)
Suatu lesen kelas yang didaftarkan oleh Suruhanjaya hendaklah—
(a)
mengandungi semua syarat lesen kelas yang ditetapkan;
dan
(b)
tertakluk kepada apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
(3)
Tiada seorang pun boleh mengendali di bawah apa-apa lesen kelas melainkan jika orang itu didaftarkan dengan sewajarnya di bawah seksyen ini oleh Suruhanjaya.
(4)
Pendaftaran suatu lesen kelas adalah bersifat peribadi kepada pemegang lesen kelas itu.