Skip to content

Seksyen 10

Pemberian kelulusan atau penolakan permohonan oleh Menteri

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 10 of 105
Seksyen 10
(1)

Selepas menerima dan menimbangkan syor Ketua Pendaftar di bawah seksyen 8, Menteri boleh—

(a)

memberikan kelulusan bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta, dengan syarat atau tanpa syarat; atau

(b)

menolak permohonan itu tanpa memberikan sebab bagi penolakan itu.

(2)

Jika Menteri menolak suatu permohonan, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon mengenai penolakan itu secara bertulis.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 23

(3)

Menteri boleh, pada memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), meminta pemohon membayar fi yang ditetapkan.

(4)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.