Skip to content

Seksyen 18

Penubuhan cawangan, atau bergabung, dsb., dengan institusi pendidikan tinggi swasta lain

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 18 of 105
Seksyen 18
(1)

Kelulusan Menteri hendaklah didapatkan terlebih dahulu sebelum institusi pendidikan tinggi swasta menubuhkan cawangan atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi lain, sama ada swasta atau awam.

(2)

Permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar—

(a)

dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; dan

(b)

disertai fi yang ditetapkan.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum ia ditentukan oleh Menteri, Ketua Pendaftar boleh menghendaki melalui notis bertulis maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(4)

Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa, permohonan itu—

(a)

hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan

(b)

tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat permohonan baru.

(5)

Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang dikehendakinya di bawah subseksyen (4)—

(a)

mengambil tindakan yang perlu untuk menyemak permohonan itu; dan

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 29

(b)

membuat syor kepada Menteri sama ada permohonan itu patut dibenarkan atau ditolak dan syarat, jika ada, yang boleh dikenakan oleh Menteri.

(6)

Setelah menerima dan menimbangkan syor Ketua Pendaftar,

Menteri boleh—

(a)

memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), dengan atau tanpa syarat; atau

(b)

menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.

(7)

Jika Menteri menolak permohonan itu, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon tentang penolakan itu secara bertulis.

(8)

Menteri boleh, pada memberikan kelulusan di bawah perenggan (6)(a), menghendaki institusi pendidikan tinggi swasta itu membayar apa-apa amaun fi yang ditetapkan.

(9)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.