Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 · Updated to 1 Apr 2019 · Bahagian III
7. Kepentingan lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 6, pemohon hendaklah menzahirkan atau memberikan dalam permohonannya maklumat berkenaan dengan—
mana-mana kelulusan lain yang telah diberikan kepada pemohon di bawah Akta ini;
apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang atau syarikat lain yang mengadakan atau menguruskan institusi pendidikan tinggi sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan pemohon dan dalam hal pemohon yang merupakan syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain untuk menamakan pengarah syarikat pemohon;
urusan perniagaan lain pemohon; dan
apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun atau hak yang dipunyai oleh orang atau syarikat lain dalam urusan perniagaan yang lain pemohon.