Skip to content

Seksyen 17

Maklumat yang hendaklah diberikan kepada Ketua Pendaftar atas permintaannya

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 17 of 105
Seksyen 17

Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap syarikat untuk memberikan apabila diminta oleh Ketua Pendaftar, dalam tempoh yang ditentukan olehnya, butir-butir—

(a)

mengenai apa-apa kepentingan kewangan walau apa jua pun yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan syarikat itu atau hak yang dipunyai oleh orang lain untuk menamakan pengarah syarikat itu; dan

(b)

mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh syarikat itu dalam perniagaan orang lain sama ada yang berhubungan dengan pendidikan atau selainnya.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 555