Seksyen 9
Ketua Pendaftar boleh enggan meneruskan tindakan ke atas permohonan
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
ActIn forceProvision 9 of 105
Seksyen 9
Ketua Pendaftar boleh enggan meneruskan tindakan ke atas suatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sepatutnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—
(a)
borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
(b)
borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau pengubahan; atau
(c)
permohonan itu tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan.