Seksyen 32
of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
Seksyen 32
Pelaksanaan segala kerja berkaitan dengan penjanaan atau pembekalan tenaga yang mungkin menjejaskan mana-mana lebuh, landasan keretapi, landasan trem, sungai, terusan atau lain-lain terusan air atau apa-apa sistem pengairan, pemaritan atau bekalan air atau apa-apa telegraf, telefon, radio-komunikasi, kerja pelabuhan atau lain-lain kerja awam atau persendirian, dan pendirian apa-apa lintasan talian bekalan, sama ada di overhed atau bawah tanah, apa-apa jalan atau kerja seperti tersebut di atas tadi, boleh dijalankan mengikut cara yang ditetapkan dan tanpa menyentuh keselamatan awam atau keselamatan diri.
(2)
Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang sah, melanggar atau tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.