Seksyen 30
of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
ActRepealedProvision 30 of 42
Seksyen 30
(1)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah seksyen 6, 26 (9), 26 (10), 26 (12), 26 (13), 26 (14), 32, 36 (5) atau di bawah mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan memungut dari orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukannya sejumlah wang tidak melebihi dari satu ribu ringgit.
(2)
Ketua Pengarah boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan untuk menetapkan cara dan prosedur mengkompaun kesalahan-kesalahan itu.