Seksyen 33
of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
Seksyen 33
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pengerjaan atau pengendalian sesuatu pepasangan menyebabkan gangguan elektrik pada mana-mana radio-komunikasi, telekomunikasi, telegraf, telefon atau lain-lain proses isyarat atau litar elektrik yang dipunyai atau dikendalikan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau mana-mana pihak berkuasa bekalan, maka Ketua Pengarah hendaklah meminta pemunya atau pemegang lesen menghentikan gangguan itu dan jika, dalam tempoh empat belas hari atau tempoh yang lebih lama lagi sebagaimana difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah dalam apa-apa hal-keadaan tertentu, gangguan itu tidak diberhentikan dengan berkesannya maka Ketua Pengarah hendaklah melaporkan perkara itu kepada Menteri dan Menteri itu boleh, menurut budi bicaranya—
(a)
dalam hal pepasangan berlesen, memerintahkan penggantungan lesen itu;
(b)
dalam hal pepasangan tak berlesen, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian pepasangan itu; atau dengan in men-andasan au apa-air atau
, kerja andirian uma ada au kerja engikut lamatan bahawa asangan ma-mana telefon ik yang i pihak kerajaan n, maka ya atau lan jika, oh yang nasabah keadaan dengan endaklah
Menteri
(c)
dalam hal apa-apa pepasangan, melalui perintah, melarang pengerjaan atau pengendalian sebahagian daripada pepasangan yang menyebabkan gangguan elektrik itu, sehingga perkiraan dibuat hingga memuaskan hati Ketua Pengarah untuk mencegah berlaku lagi gangguan elektrik seperti tersebut di atas tadi, dan jika, dalam hal pepasangan berlesen, tiada apa-apa perkiraan seperti itu dibuat, maka Menteri boleh memerintahkan supaya lesen bagi pepasangan tersebut dibatalkan secara mutlak.
(2)
Atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen disebabkan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen ini, pemegang lesen boleh menuntut pampasan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, atau manamana pihak berkuasa bekalan, mengikut mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa tiada tuntutan boleh dibenarkan dan tiada pampasan boleh dibayar jika gangguan elektrik yang tersebut dalam subseksyen (1) telah disebabkan oleh pepasangan yang tidak mematuhi mana-mana peraturan bagi mengawalselia gangguan elektrik yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan telegraf.
(3)
Jika tuntutan itu dibenarkan, pampasan hendak-lah diputuskan dengan cara timbangtaraan, melainkan jika diselesaikan dengan cara persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana yang berkenaan, dengan pemegang lesen.