Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian VIII · Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak
51. Section 51
Feedback & supportJika seseorang Pelindung ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak—
telah dibawa ke dalam Malaysia sama ada—
selepas dipindahkan bagi balasan berharga; atau
melalui fraud, salah nyataan atau apa-apa dakwaan palsu;
telah dipindahkan kepada jagaan atau kawalan mana-mana orang bagi balasan berharga sama ada di dalam atau luar
Malaysia; atau
sedang ditahan bertentangan dengan kemahuannya oleh seseorang selain ibu atau bapa atau penjaganya,
Kanak-Kanak 85
Pelindung itu boleh—
menghendaki mana-mana orang yang dalam jagaan atau di bawah kawalannya kanak-kanak itu didapati berada—
memberinya salinan-salinan fotograf kanak-kanak itu dan orang itu sendiri; dan
memberikan jaminan sehingga Pelindung itu berpuas hati bahawa kanak-kanak itu—
tidak akan meninggalkan kawasan atau Negeri tempat dia berada pada masa itu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Pelindung itu;
tidak akan dipindahkan kepada pemeliharaan atau jagaan mana-mana orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis
Pelindung itu; dan
akan dikemukakan ke hadapan Pelindung itu bila-bila dikehendaki olehnya; atau
dari mula lagi, atau jika berlaku keingkaran dalam mematuhi apa-apa perintah yang dibuat di bawah perenggan (aa), membuat suatu perintah supaya—
kanak-kanak itu diambil keluar daripada jagaan orang yang dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya kanak-kanak itu berada dan diletakkan di suatu tempat selamat; atau
atas apa-apa jaminan dan atas apa-apa syarat yang dikehendaki oleh Pelindung, kanak-kanak itu diletakkan dalam jagaan saudara atau orang lain yang layak dan sesuai, sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.
Undang-Undang Malaysia 86