Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian VIII · Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak
52. Kesalahan membawa atau menghantar keluar kanak-kanak tanpa keizinan yang sepatutnya orang yang mempunyai jagaan yang sah
Feedback & supportMana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang—
tidak mempunyai jagaan yang sah seseorang kanak-kanak;
dan
membawa atau menghantar keluar seseorang kanak-kanak, sama ada di dalam atau luar Malaysia, tanpa keizinan orang yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Seseorang mempunyai jagaan yang sah seseorang kanak-kanak di bawah seksyen ini jika dia telah diberi jagaan kanak-kanak itu menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis atau dengan perintah Mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah.
Maka hendaklah menjadi suatu pembelaan di bawah seksyen ini jika seseorang ibu atau bapa atau penjaga membawa atau menghantar keluar seseorang kanak-kanak tanpa keizinan orang yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu jika—
ibu atau bapa atau penjaga itu—
melakukannya dengan kepercayaan bahawa orang lain itu mengizinkan, atau akan mengizinkannya, jika orang itu tahu tentang segala hal keadaan yang berkaitan; atau
telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghubungi orang lain itu tetapi telah tidak dapat berhubung dengannya;
ibu atau bapa atau penjaga itu ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu sedang dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi; atau
Kanak-Kanak 87
orang lain itu telah dengan tidak munasabah enggan memberikan keizinannya walaupun dia tahu tentang semua hal keadaan yang berkaitan.