Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian VIII · Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

53. Perintah mendapatkan balik

Feedback & support
(1)

Jika pada hemat Mahkamah ada sebab untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak telah dibawa atau dihantar keluar tanpa keizinan orang yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu sebagaimana yang diperihalkan dalam seksyen 52,

Mahkamah boleh membuat suatu perintah mendapatkan balik.

(2)

Sesuatu perintah mendapatkan balik boleh dibuat oleh

Mahkamah apabila permohonan dibuat oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu “perintah mendapatkan balik” boleh—

(a)

mengarahkan mana-mana orang yang dapat berbuat demikian supaya mengemukakan kanak-kanak itu apabila diminta kepada mana-mana orang diberi kuasa;

(b)

membenarkan pemindahan kanak-kanak itu oleh mana-mana orang diberi kuasa;

(c)

menghendaki mana-mana orang yang mempunyai maklumat tentang di mana kanak-kanak itu berada supaya mendedahkan maklumat itu kepada orang diberi kuasa;

(d)

memberi kuasa mana-mana pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis yang dinyatakan dalam perintah itu dan mencari kanak-kanak itu, dengan menggunakan kekerasan yang munasabah, jika perlu.

(4)

Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang seseorang orang diberi kuasa daripada menjalankan kuasa di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Undang-Undang Malaysia 88

Bahagian VIIIa

PUSAT

Menteri boleh meluluskan pusat

Report

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules