Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bab 6

77. Kuasa Menteri untuk memindahkan orang yang menjalani hukuman pemenjaraan ke Sekolah Henry Gurney

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, dengan waran di bawah tandatangannya, mengarahkan supaya mana-mana orang yang—

(a)

sudah mencapai umur lapan belas tahun tetapi belum mencapai umur dua puluh satu tahun; dan

Kanak-Kanak 103

(b)

berada di dalam penjara kerana menjalani hukuman pemenjaraan, dipindahkan ke Sekolah Henry Gurney.

(2)

Jika waran dibuat di bawah subseksyen (1)—

(a)

baki hukuman pemenjaraan orang itu yang belum habis hendaklah disifatkan telah dibatalkan; dan

(b)

waran itu ialah kuasa untuk menahan orang itu di Sekolah Henry Gurney di bawah Akta ini sehingga tarikh hukumannya itu, ditolak apa-apa remitan kerana berkelakuan baik semasa menjalani hukumannya di penjara, jika tidak kerana seksyen ini, sepatutnya telah habis.

(3)

Waran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat melainkan jika umur orang itu dan baki hukuman pemenjaraannya yang belum habis itu membenarkan dia ditahan di Sekolah Henry Gurney selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun.

Report

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules