Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bab 6
79. Kuasa untuk menggantikan tempoh tahanan dengan tempoh pemenjaraan
Feedback & supportJika pada hemat mana-mana Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas permohonan orang yang menjaga mana-mana sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney bahawa mana-mana kanak-kanak yang ditahan di sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu di bawah Akta ini—
bersalah kerana melakukan pelanggaran yang serius dan sengaja terhadap kaedah-kaedah sekolah diluluskan atau
Sekolah Henry Gurney itu;
bersalah kerana menghasut penghuni-penghuni lain sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu supaya melakukan pelanggaran sedemikian; atau
tidak dapat diperbaiki perangainya atau membawa pengaruh buruk kepada penghuni-penghuni lain sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh menggantikan baki tempoh tahanan kanak-kanak itu yang belum habis dengan apa-apa tempoh pemenjaraan yang tidak melebihi baki yang belum habis itu sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah.
Kanak-Kanak 105