Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bab 6
78. Kuasa Menteri untuk memindahkan kanak-kanak yang menjalani hukuman pemenjaraan ke sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney
Feedback & supportMenteri boleh, dengan waran di bawah tandatangannya, mengarahkan supaya seseorang kanak-kanak yang berada di dalam penjara kerana menjalani perintah pemenjaraan dipindahkan ke sesuatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney.
Jika waran dibuat di bawah subseksyen (1)—
baki perintah pemenjaraan kanak-kanak itu yang belum habis itu hendaklah disifatkan telah dibatalkan; dan
waran itu ialah kuasa untuk menahan kanak-kanak itu di sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini sehingga tarikh perintah pemenjaraannya itu, ditolak apa-apa remitan kerana berkelakuan baik semasa menjalani tempoh pemenjaraannya di penjara, jika tidak kerana seksyen ini, sepatutnya telah habis.
Undang-Undang Malaysia 104
Menteri boleh, pada bila-bila masa atas sebab-sebab yang pada hematnya mencukupi, dengan perintah secara bertulis mengarahkan supaya mana-mana kanak-kanak dipindahkan dari—
suatu sekolah diluluskan ke mana-mana sekolah diluluskan yang lain atau ke suatu Sekolah Henry Gurney; atau
suatu Sekolah Henry Gurney ke mana-mana Sekolah Henry
Gurney yang lain atau ke suatu sekolah diluluskan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.