Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian XVIII · Pelbagai
110. Penyampaian notis
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiap-tiap notis atau dokumen yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk disampaikan di bawah Akta ini boleh disampaikan—
dengan menyerahkan salinannya kepada orang yang kepadanya notis itu hendak disampaikan;
dengan menghantar salinannya melalui pos berdaftar bayar dahulu kepada orang yang kepadanya notis itu hendak disampaikan; atau
dengan menampal salinannya di mana-mana tempat yang mudah dilihat di premis yang berhubungan dengannya.
Jika sesuatu notis atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis atau dokumen itu sepatutnya telah diterima dalam perjalanan biasa pos jika notis atau dokumen itu dialamatkan—
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
dalam hal orang perseorangan, ke alamat biasa atau alamat terakhir yang diketahui bagi tempat tinggal atau tempat perniagaannya; atau
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan ke alamat tempat perniagaan berdaftarnya.
Jika orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah peruntukan Akta ini telah diberitahu bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan padanya atau pada pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu pada tarikh dia atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu diberitahu.
Pewakilan oleh Ketua Pengarah
Bahagian XIX