Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XVIII · Pelbagai

117. Kesalahan dan penalti am

(1)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini yang baginya tiada diperuntukkan peruntukan nyata yang menjadikan pelanggarannya suatu kesalahan melakukan suatu kesalahan.

(2)

Jika tiada penalti nyata diperuntukkan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang yang melakukan kesalahan itu apabila disabitkan boleh—

(a)

dalam hal orang sebenar—

(i)

didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(3)

Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(c)

dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—

(i)

didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan didenda sebanyak lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan