Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English
Contents

Bahagian XVIII · Pelbagai

115. Kerahsiaan maklumat

(1)

Tiap-tiap orang yang diambil kerja, dibayar retainer atau dilantik bagi maksud pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini hendaklah menyimpan rahsia berkenaan dengan semua maklumat

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

yang diketahuinya dalam penjalanan kewajipannya dan tidak boleh menyampaikan apa-apa maklumat kepada mana-mana orang kecuali—

(a)

setakat yang maklumat itu boleh didedahkan kepada orang awam di bawah Akta ini;

(b)

berkaitan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini atau apa-apa prosiding di bawah Akta ini;

(c)

berkaitan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib profesional, kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia sesuatu profesion kesihatan;

(d)

kepada peguam orang itu, atas permintaan orang itu jika maklumat itu adalah kena-mengena dengan mana-mana perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepadanya; atau

(e)

dengan persetujuan pesakit itu atau penjaganya yang sah yang dengannya maklumat itu berhubungan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Report

Bahagian XIX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan