Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 · Updated to 1 Jul 2024 · Bahagian II · Penubuhan, Kewajipan dan Kuasa Lembaga
4. Keanggotaan Lembaga
Feedback & supportLembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri seperti yang berikut:
seorang Pengerusi;
seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi kerja raya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan atau wakilnya;
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi atau wakilnya;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 231
Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Semenanjung Malaysia atau wakilnya; dan
Ketua Pengarah.
Menteri boleh, sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1), melantik tidak lebih daripada empat orang lain menjadi anggota Lembaga untuk mewakili kepentingan khas mengenai lebuh raya bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.
Mana-mana anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2)
yang berhenti menjadi anggota Lembaga adalah layak dilantik semula.