Skip to content

Seksyen 7

Kuorum, pengundian dan kekosongan

of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980

ActIn forceProvision 7 of 40
Seksyen 7
(1)

Kuorum semua mesyuarat Lembaga ialah empat orang anggota yang hadir sebagai tambahan kepada Pengerusi.

(2)

Sekiranya bilangan undi atas apa-apa soalan didapati sama banyaknya, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(3)

Lembaga boleh bertindak walaupun terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya.