Seksyen 5
Anggota silih ganti
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
Menteri boleh, berkenan dengan setiap anggota Lembaga selain Pengerusi melantik, atas penamaan anggota itu, seorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.
(3)
Anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia berhenti menjadi anggota terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, berhenti daripada menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti itu berhenti daripada menjadi anggota Lembaga.