Seksyen 8
Pelantikan pegawai dan penjawat
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
ActIn forceProvision 9 of 40
Seksyen 8
(1)
Lembaga boleh melantik seorang Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Lembaga dan apa-apa bilangan pegawai atau penjawat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
(2)
Pelantikan
Ketua
Pengarah hendaklah dibuat dengan mendapatkan kelulusan Menteri terlebih dahulu.
(3)
Lembaga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan sebelum mewujudkan atau mengubah suai apa-apa skim perkhidmatan bagi pegawai atau penjawatnya, termasuklah terma dan syarat perkhidmatan, gaji, elaun dan saraan lain yang kena dibayar serta faedah lain.