Seksyen 6
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
of Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi pada bila-bila masa yang Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya bagi apa-apa sebab atau pada bila-bila masa terdapat kekosongan dalam jawatan Pengerusi dan anggota itu hendaklah disifatkan sebagai Pengerusi pada masa dia menjalankan fungsi Pengerusi.
Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 11
(2)
Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1) atau jika pelantikan itu tidak dibuat, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan semua fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi.