Akta Levi Pelepasan 2019 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian X · Pelbagai
57. Pengesahan notis, dsb
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini oleh Ketua
Levi Pelepasan 43
Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua
Pengarah adalah disahkan dengan secukupnya jika nama dan jawatan
Ketua Pengarah itu dicetak, dicap atau selainnya ditulis di atasnya.
Jika Akta ini memperuntukkan bagi suatu notis atau apa-apa dokumen lain hendaklah di bawah tandatangan mana-mana pegawai kastam, notis atau dokumen lain itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai kastam itu.
Suatu notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini dan berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa olehnya hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah ditandatangani sedemikian.