Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian X · Pelbagai

59. Permohonan untuk kajian semula

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga puluh hari dari tarikh orang itu diberitahu tentang apa-apa keputusan yang dibuat oleh pegawai kastam untuk kajian semula keputusan itu.

(2)

Jika suatu permohonan telah dibuat di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu kajian semula dan

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

memberitahu keputusan kajian semula kepada orang itu, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari dari tarikh permohonan.

(3)

Tiada kajian semula boleh dibuat bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun.

(4)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam bentuk dan cara yang ditetapkan.

Report