Seksyen 27
Pengemukaan kad kuasa
of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
ActIn forceProvision 27 of 61
Seksyen 27
(1)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai penguat kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah.
(2)
Bilamana pegawai penguat kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).