Seksyen 33
Pelepasan buku akaun gaji, dsb., yang disita
of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
(1)
Jika mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan Persekutuan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain itu telah dibuat dengan suci hati.
(2)
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penguat kuasa yang membuat pelepasan buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada
Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.