Skip to content

Seksyen 36

of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

ActIn forceProvision 36 of 61

Seksyen 36

(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa dalam menjalankan penyiasatan di bawah Bahagian ini boleh menghendaki mana-mana orang yang pada pendapat pegawai penguat kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu—

(a)

untuk mengemukakan kepada pegawai penguat kuasa, apa-apa buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik; dan

Majlis Perundingan Gaji Negara 29

(b)

untuk membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain dan mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada pegawai penguat kuasa.

(2)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak mematuhi arahan yang dibuat oleh pegawai penguat kuasa di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.