National Wages Consultative Council Act 2011 · Updated to 1 Aug 2015 · Bahagian IV · Penyiasatan dan Penguatkuasaan
30. Section 30
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 28 atau 29 hendaklah diberi capaian kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer atau berdigital, sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Majlis Perundingan Gaji Negara 25
Dalam menjalankan kuasanya, pegawai penguat kuasa—
boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia ada sebab munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
boleh menghendaki—
orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, pegawai itu ada sebab munasabah untuk mengesyaki, komputer itu sedang atau telah digunakan sedemikian; atau
orang yang bertanggungjawab, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberinya apa-apa bantuan munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
Pegawai penguat kuasa boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital itu jika difikirkannya perlu.
Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuk diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital.