Skip to content

Seksyen 38

Akses kepada rekod

of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

ActIn forceProvision 38 of 61
Seksyen 38

(1)

Mana-mana orang hendaklah, jika pada bila-bila masa diarahkan oleh pegawai penguat kuasa, membenarkan pegawai penguat kuasa akses kepada buku akaun gajinya, daftarnya, penyata

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

kewangannya atau dokumen lain bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa pegawai penguat kuasa di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dibuat oleh pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.