Skip to content

Seksyen 42

of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

ActIn forceProvision 42 of 61

Seksyen 42

(1)

Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, seseorang pegawai penguat kuasa boleh menyediakan laporan yang mengandungi perkara yang berikut:

(a)

perbezaan antara kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum dengan gaji pokok yang dibayar oleh majikan kepada pekerja, termasuk perbezaan yang belum selesai dibayar;

(b)

bayaran lain yang terakru daripada pengiraan gaji berdasarkan gaji pokok yang hendaklah mengikut kadar

Majlis Perundingan Gaji Negara 33

gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum; dan

(c)

perkara lain yang berhubungan dengan majikan, pekerja dan kontrak perkhidmatan.

(2)

Laporan yang disediakan di bawah subseksyen (1) dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh majikan kepada pekerja yang menunjukkan bayaran gaji hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.