Skip to content

Seksyen 39

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

ActIn forceProvision 39 of 61
Seksyen 39

(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai penguat kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang

Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).