Seksyen 25
Orang yang bertanggungjawab
ActIn forceProvision 25 of 87
Seksyen 25
(1)
Orang yang bertanggungjawab bagi makmal patologi berlesen hendaklah memegang kelayakan, telah menjalani latihan dan mempunyai pengalaman sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen yang merupakan tuan punya tunggal, boleh melantik dirinya sendiri sebagai orang yang bertanggungjawab.
(3)
Jika pemegang lesen memegang lebih daripada satu lesen, dia hendaklah melantik orang yang berlainan untuk menjadi orang yang bertanggungjawab bagi kelas dan kekhususan yang berlainan bagi setiap makmal patologi berlesen.