Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian V · Tanggungjawab Pemegang Lesen atau Orang yang Bertanggungjawab
29. Rekod untuk disimpan dan dikemukakan
Feedback & supportPemegang lesen hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan rekod yang berhubungan dengan pengendalian makmal patologi berlesen selama tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh menghendaki pemegang lesen untuk mengemukakan rekod untuk diperiksa.
Seseorang yang gagal menyimpan atau enggan mengemukakan rekod di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal tuan punya tunggal—
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;
dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Undang-Undang Malaysia 28