Akta Makmal Patologi 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian V · Tanggungjawab Pemegang Lesen atau Orang yang Bertanggungjawab
27. Mekanisme ketidakpuasan hati
Feedback & supportPemegang lesen hendaklah menubuhkan suatu pelan mekanisme ketidakpuasan hati bagi pelanggan makmal patologi berlesen.
Undang-Undang Malaysia 26
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal tuan punya tunggal—
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau, kedua-duanya; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.