Seksyen 28
Melaporkan kejadian
Walau apa pun apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis lain, pemegang lesen hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah, apa-apa kejadian yang tidak diramalkan atau dijangkakan sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
Makmal Patologi 27
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit;
dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.