Seksyen 49
Obligasi untuk memberikan maklumat tentang kontrak dengan organisasi jagaan yang diuruskan
Pemegang lesen yang memasuki suatu kontrak atau mempunyai perkiraan dengan organisasi jagaan yang diuruskan hendaklah memberikan maklumat yang berhubungan dengan kontrak atau perkiraan itu kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2)
Pemegang lesen yang enggan atau gagal untuk memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau memberikan maklumat palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya; atau
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.