Seksyen 51
Daftar organisasi jagaan yang diuruskan
ActIn forceProvision 51 of 87
Seksyen 51
(1)
Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar organisasi jagaan yang diuruskan yang memasuki apa-apa kontrak atau mempunyai apa-apa perkiraan dengan mana-mana pemegang lesen dan daftar itu boleh mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Daftar di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu dokumen awam dalam pengertian Akta Keterangan 1950
dan hendaklah dibuka untuk pemeriksaan orang awam dan orang awam boleh membuat carian ke atas dan memperoleh cabutan daripada daftar itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.