Seksyen 50
Maklumat oleh organisasi jagaan yang diuruskan
Suatu organisasi jagaan yang diuruskan yang memasuki suatu kontrak atau mempunyai perkiraan dengan pemegang lesen hendaklah memberikan maklumat yang berhubungan dengan organisasi jagaan yang diuruskan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2)
Suatu organisasi jagaan yang diuruskan yang enggan atau gagal untuk memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau memberikan maklumat palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(3)
Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan, orang yang bertanggungjawab bagi organisasi jagaan yang diuruskan juga melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.
Makmal Patologi 45